Tuesday, 25 July 2023

TIPS TRAVEL YANG PERLU KITA KETAHUI

 


Ada tak yang suka Travel di sini? Saya yakin mesti ramai yang suka travel kan macam saya.🤭

Bila bercakap tentang percutian ni , pasti persediaan setiap orang tu tak sama. Ada yang suka pack last minute dan ada pula yang dah sedia awal seminggu sebelum tarikh percutian.😂

Di sini , saya nak share beberapa Tips Travel yang boleh kita amalkan supaya kita tak kalut bila tiba masa bercuti.

1) Mencari Tiket Dan Hotel


Ini adalah paling penting sekali. Bila nak travel mestilah kita kena ada tiket untuk pergi ke sesebuah Negara orang kan.

Biasanya kita akan beli awal beberapa bulan sebelum bercuti untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah.

Mencari tempat tinggal juga perlu, untuk kita mengira bajet kita sepanjang travel nanti.

Semua ni kita perlu layari website2 tertentu untuk menempahnya.

2 ) Periksa Passport


Kalau nak travel, Passport lah yang paling penting...Kalau tiada Passport,macam mana nak travel kan.😂

So,bagi yang pertama kali travel wajiblah buat passport baru...Yang dah ada passport, pastikan passport kita masih boleh digunakan. Kalau dah expired kena renew atau buat passport baru la.

3 ) Persediaan Barang Peribadi Dan Pakaian


Bila kita sudah tahu kita nak travel ke mana, persediaan barang peribadi dan pakaian juga penting.

Pakaian yang di bawa haruslah bersesuaian dengan cuaca di Negara yang kita nak pergi itu.

Barang-barang peribadi perlu disediakan dengan teliti supaya, kita tak hadapi apa2 masalah ketika bercuti di Negara orang.

4 ) Menukar Mata Wang


Untuk Travel ke luar Negara, kita perlulah menukar mata wang Malaysia ke Mata wang Negara yang kita nak pergi.

Supaya kita senang nak beli apa2 barangan dari Negara tersebut. Dan pastikan kita membawa wang yang cukup agar tak menyesal kalau tak dapat beli apa yang kita inginkan.🤭

5 ) Merancang Hari Percutian


Kalau kita nak pergi travel, semestinya kita kena rancang perjalanan kita dari hari pertama hingga hari terakhir kita di sana.

Kita harus tau, tempat-tempat yang kita nak kunjungi, bagaimana untuk pergi ke destinasi itu, berapa jarak jauh tempat itu dengan Hotel yang kita tinggal dan sebagainya.

Ini adalah supaya kita tidak membuang banyak waktu untuk mencari dan bertanya apabila sudah berada di sana.

Begitu juga pada hari terakhir kita di sana, kita perlulah merancang masa dan atur semua supaya kita tidak kelam kabut.

6 ) Download Aplikasi Penting 


Sebelum travel, kita juga kena download Aplikasi-aplikasi penting di telefon bimbit kita.

Supaya kita senang mencari dan menempah sesuatu perkhidmatan dengan mudah di sana.

Aplikasi-aplikasi itu pasti dapat membantu dan memudahkan perjalanan kita sepanjang berada di Negara orang.

7 ) Insurans Perjalanan


Tips yang ini mungkin ramai yang tak ambil kira. Tetapi insurans perjalanan juga sangat penting untuk kita.

Jika berlaku sesuatu yang tak diingini ketika kita travel, kita akan di lindungi dengan pelan insurans perjalanan yang kita beli.

8 ) Peralatan Ubat-Ubatan Dan Vitamins


Jangan lupa juga sediakan Ubat-Ubatan kita semasa travel seperti Panadol, minyak urut , vitamin dan sebagainya.

Ini adalah untuk kegunaan emergency di sana ketika kita melancong.

Vitamin yang paling penting adalah Vitamin C...Vitamin paling basic perlu ada dalam luggage kita.


Antara Vitamins Basic untuk dewasa dan kanak2 semasa melancong.

Saya memilih produk Shaklee untuk keluarga saya jika travel, yang sememangnya menjadi pilihan ramai masa kini...Sebab produk Shaklee terbukti selamat dan berkesan.

Sekian saja perkongsian saya pada kali ini...Semoga sedikit sebanyak dapat membantu korang yang nak travel ya.🥰

Jika anda ingin mendapatkan Produk Shaklee,anda bolehlah hubungi saya melalui link2 di bawah ya.🥰

WhatsApp

Facebook

Instagram


#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleelabuan

#shakleesabahsarawak

No comments:

Post a Comment

VITA C SHAKLEE PENYELAMAT KELUARGA KU

Se belum saya mengenali lebih dalam Vita C Shaklee ni, saya selalu beli Vitamin dari pasaran tanpa tengok harga dan bahan-bahannya. Mau di j...