Sunday 10 December 2023

Set Kurus Shaklee

Hai semua, entry kali ini saya nak share tentang Set Kurus Shaklee. Pada masa kini, semakin ramai yang sudah mengamalkan Shaklee untuk kurus dan dapatkan berat badan yang ideal.

Bagi ibu berpantang dan ibu menyusu juga sesuai ambil set kurus Shaklee ini, tetapi wajib baca sampai habis dulu untuk tahu produk mana yang sesuai untuk anda tau.🥰

Dalam Set Kurus Shaklee ini, Shaklee mengamalkan konsep 3B iaitu BAKAR, BUANG dan BINA.

Mesti semua orang nakkan bentuk badan yang kurus secara sihat kan. Apabila kita kurus secara sihat, kita akan nampak lebih berkeyakinan dan paling penting kita dapat memelihara kesihatan kita dengan baik.

Set Kurus Shaklee dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Sebab tu, supplement Shaklee tidak akan membahayakan atau membebankan organ-organ dalam badan kita.

Jom kita berkenalan dengan Set Kurus Shaklee ini.🥰

Set ini terdiri daripada 3 komponen iaitu bakar  buang dan bina.

1) Bakar Lemak : Omega Guard / Lecithin


Omega Guard atau Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan kita.

2) Buang Lemak : Alfalfa Complex / Herbalax


Alfalfa Complex atau Herbalax  pula berfungsi sebagai Medium pengangkutan untuk membawa keluar lemak daripada badan.

Bagi ibu menyusu, adalah lebih sesuai untuk ambil Alfalfa Complex dan tidak sesuai untuk ambil Herbalax.

Oleh sebab itu, konsep bakar dan buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.

Kenapa Detox Itu Penting?

Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul di dalam badan kita. Jika toksin berlebihan di dalam badan tidak disingkirkan, badan akan sukar menyerap nutrien dari makanan harian dan dari supplement yang kita ambil.

3) Bina : Protein ESP / Cinch Shake / Life Shake


Protein adalah penting untuk memelihara otot dalam badan kita. Jika anda perasan, ada orang yang berat badannya turun tapi badan dia masih flabby (menggeleber). 

Sebenarnya, berat yang turun itu bukan kurang lemak tetapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolismes badan bagi pembakaran lemak.

Bagi ibu menyusu, adalah disarankan mengambil ESP dan BUKAN Cinch Shake kerana kalori dalam Cinch Shake sangat rendah dan kita bimbang mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.

Jika anda ingin dapatkan Set kurus Bajet Shaklee, anda boleh dapatkan Ready Set Wellness Shaklee ini. Memang berbaloi murah dan akan terus dapat FREE MEMBERSHIP.



Tetapi set ini sangat terhad dan bila-bila saja akan Out Of Stock.🥺 Jadi, anda kena cepat2 bertindak tau sebelum betul-betul Out Of Stock.

Disini, saya sertakan sedikit tips untuk kuruskan badan dengan lebih cepat.

✅ Minum air 2-3liter air setiap hari
✅ Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
✅ Kurangkan makanan yang berminyak
✅ Lakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak seperti berlari.
✅ Banyakkan makan buah dan sayuran

Testimoni-testimoni Dengan Set Kurus Shaklee.









Sekian saja perkongsian saya pada kali ini. Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee, boleh la terus hubungi saya melalui link di bawah ya.🥰

https://linktr.ee/melbianashakleelabuan

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleelabuan

#shakleesabahsarawak




 

Friday 8 December 2023

Pain Relief Shaklee Untuk Sakit Sendi

Hai semua...Bertemu kita kembali di sini.🥰 Hari ini saya nak share Produk yang pernah keluar dulu dan kini sudah masuk kembali.
Produk yang di maksudkan ialah Pain Relief Shaklee

Siapa pernah mengalami sakit-sakit pada anggota badan?

Kebiasaannya, bila kita mengalami keadaan itu semestinya kita akan mencari Panadol...Betul tak?😃 Kerana Panadol adalah pain killer yang terkenal dan mudah di dapati di kedai-kedai.

Tetapi, bila kita kerap mengambil Panadol ni...Kita akan mendapat kesan sampingan pada jangka masa panjang tau.

Sebab tu, Shaklee telah mengeluarkan Produk yang mempunyai fungsi seperti Panadol yang bertindak sebagai Pain Killer. Tetapi, istimewanya produk ni tiada drug dan diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan  yang Organik dan semulajadi...Best kan?😃

Apa Kesan Jika Kita Kerap Mengambil Ubat Tahan Sakit Seperti Panadol?

✅ Memberi kesan kepada perut
✅ Berisiko meningkatkan tekanan darah
✅ Berisiko mendapat serangan jantung dan strok
✅ Berisiko untuk ada masalah buah pinggang

Kerana risiko-risiko di atas, adalah lebih selamat jika kita mengambil produk yang sudah semestinya semulajadi, selamat dan terbukti berkesan untuk mengatasi masalah-masalah sakit anggota badan.


Pain Relief Caplet Shaklee merupakan product baru untuk membantu mengurangkan sakit sendi dan otot.

Bahan Utama Pain Relief Caplet Shaklee


Dua bahan utama yang digunakan ialah Boswellia dan Safflower

1) Ekstrak Boswellia

- Asid Boswellia yang terkandung di dalam getah resin adalah bahan Utama yang bertanggungjawab untuk anti-radang. Ia telah digunakan secara traditional untuk merawat :-
✅ Arthritis
✅ Spondylitis
✅ Sindrom Sakit Kronik
✅ Penyakit radang usus

- Salah satu herba pada zaman dahulu dan yang paling bernilai dalam Ayurveda.

- Minyak pati daripada resin adalah minyak yang biasa digunakan dalam aromaterapi.

- Terdapat kajian yang dijalankan ke atas 15 pesakit Osteoarthritis. Mereka mengambil ekstrak Boswellia selama 8 minggu.

- Kajian ini memberikan hasil yang berkesan :-
✔️Mengurangkan kesakitan lutut
✔️Berlaku peningkatan lenturan lutut
✔️Peningkatan jarak berjalan kaki

2) Ekstrak Safflower

- Bunga seperti Thistle dalam keluarga bunga matahari

- Mempunyai kesan antibakteria, antivirus dan anti-radang.

-Dalam perubatan traditional Cina, ia digunakan untuk meningkatkan peredaran darah. Ia juga dikenali untuk merawat :-
✔️Sakit senggugut
✔️Sakit perut selepas bersalin
✔️Sakit sendi
✔️Osteoporosis
✔️Migrain

-Salah satu tanaman tertua di dunia dan telah bertahan selama lebih daripada 4000 tahun.

-Terdapat kajian yang dijalankan mengenai keberkesanan Safflower melindungi kondrosit dan menghalang keradangan ,yang mencegah tulang rawan dalam pesakit Osteoarthritis.


Kedua-dua bahan ini adalah ramuan traditional yang telah digunakan dari zaman dahulu lagi dan kini ia telah diformulasikan secara klinikal.

Kelebihan Produk Pain Relief Caplet Shaklee ini adalah ianya telah dipatenkan oleh pihak Shaklee dan ia telah terbukti secara klinikal bahawa produk ini berkesan dan selamat.

Siapa Perlukan Pain Relief Caplet Shaklee Ini?


✅ Warga Emas
✅ Orang yang aktif bersukan
✅ Orang dewasa yang sibuk
✅ Ibu yang sentiasa sibuk
✅ Orang yang ada masalah Osteoporosis 
✅ Sakit kepala / Migran
✅ Yang selalu ambil ubat tahan sakit
✅ Yang ada sakit Gigi

3 Fungsi Pain Relief Caplet Yang Perlu Kita Tahu


1) MELEGAKAN
Kesakitan dan ketidakselesaan sendi, meningkatkan pergerakan dan Fleksibiliti dengan merencatkan laluan penyebab penyakit.

2) MELINDUNGI
Tulang rawan dari kemusnahan dengan menguranglan keradangan.

3) MEMULIHKAN
Tisu-tisu sendi dengan meningkatkan peredaran darah ke bahagian sendi untuk menyokong proses pemulihan.

Perbandingan Pain Relief Caplet Shaklee Dengan Jenama Lain


Jadual di atas menunjukkan perbezaan Pain Relief Caplet Shaklee dengan jenama lain di pasaran luar.

Testimoni Pengguna Pain Relief Caplet Shaklee

Jom kita  tengok antara testimoni-testimoni orang yang sudah pernah mencuba Pain Relief Caplet Shaklee ni.






Manfaat Pain Relief Caplet Shaklee



So, kepada anda yang mengalami sakit-sakit sendi, tulang, pinggang,tumit atau mana-mana bahagian badan, boleh lah berikhtiar untuk mengatasinya dengan Pain Relief Caplet Shaklee ni.

Jika anda berminat untuk dapatkan Pain Relief Caplet Shaklee ni, boleh la hubungi saya melalui link di bawah.🥰

https://linktr.ee/melbianashakleelabuan

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleelabuan

#shakleesabahsarawak


VITA C SHAKLEE PENYELAMAT KELUARGA KU

Se belum saya mengenali lebih dalam Vita C Shaklee ni, saya selalu beli Vitamin dari pasaran tanpa tengok harga dan bahan-bahannya. Mau di j...