Kehidupan manusia tidak sama dari sudut kedudukan dalam masyarakat. Itulah lumrah kehidupan dunia yang mewujudkan perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain.
Seperti yang kita tahu...Harta, pangkat dan keturunan merupakan antara perkara yang dijadikan asas dalam membezakan manusia.
Hakikatnya, manusia yang istimewa di Sisi Tuhan adalah mereka yang berhati suci dan selalu membuat kebaikkan.
Jika pahala kita itu boleh dinilai seperti nilai wang di bank, sudah tentu ramai yang berlumba-lumba untuk membuat amalan yang baik.
Terlalu banyak amalan yang boleh kita lakukan untuk mendapat pahala. Di sini saya kongsikan 3 Amalan Kebaikan yang boleh kita amalkan.
1) Bersedekah
Bersedekah kita boleh lakukan dengan bermacam cara. Sesuai dengan kemampuan kita sendiri.
Bagi siapa yang diuji dengan kekurangan harta, maka pintu sedekah tidak ditutup bagi nya. Ia boleh bersedekah melalui apa saja untuk mendapatkan pahala.
Bersedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.
Antara kelebihan bersedekah ialah :-
✔️Menjauhkan diri kita dari sifat kedekut kerana ia boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam api neraka.
✔️Menghapus dosa kerana kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan dosa. Dengan bertaubat atau bersedekah, kita dapat menghapuskan dosa kita.
✔️Rezeki bertambah. Pernahkah anda dengar ungkapan ini, "Jangan tunggu kaya baru hendak bersedekah tetapi bersedekahlah sehingga kita mencapai kekayaan."
Mulai sekarang, bersedekah la biarpun sedikit dan tetaplah bersyukur dengan rezeki yang kita ada.
2) Taat Pada Ibubapa
Ibubapa merupakan individu yang telah banyak berkorban untuk kehidupan kita. Pengorbanan mereka tidak dapat dibalas walau dihadiahkan segunung emas permata, ia tetap tidak akan dapat menyamai kasih sayang mereka untuk kita.
Antara perkara yang diajar untuk berbakti kepada orang tua adalah :-
✔️Berdoa kepada mereka dengan doa yang baik
-Ini merupakan amalan paling mudah untuk berbakti kepada orang tua dengan mendoakan mereka.
✔️Bersedekah untuk orang tua
-Sedekah merupakan satu amalan yang sangat mulia di sisi Tuhan, jadi bersedekah la kepada orang tua kita sendiri walaupun sedikit.
✔️Memberi kemudahan kepada orang tua
-Kebanyakan ibu bapa tak akan meminta-minta dengan anak2 mereka kerana tau keadaan anak mereka macam mana tetapi sebagai anak yang bertanggungjawab,kita janganlah kedekut dan berilah mereka kemudahan.
✔️Memberi perhatian kepada orang tua.
-Apabila orang tua kita bercerita atau meluah kepada kita, maka kita haruslah mendengar dengan perhatian.
✔️Membuat kunjungan atau bertanya khabar ibubapa.
-Jika ada di kalangan anak-anak yang berjauhan dari orang tua, keraplah menghubungi mereka untuk bertanya khabar.
3) Dekatkan Diri Pada Tuhan
Langkah pertama untuk mendekatkan diri kepada Tuhan adalah :-
✔️Berdoa.
-Berusaha lah mengenal atau mendekatkan diri kepada Tuhan dengan menyediakan waktu untuk menyendiri di tempat yang tenang dan bebas gangguan.
✔️Percayalah bahawa Tuhan selalu merencanakan yang terbaik pada waktu yang tepat.
-Mungkin permintaan anda dikabulkan dengan cara yang berbeza sebab Tuhan melakukan segala sesuatu dengan alasan yang belum tentu kita mengerti.
✔️Akui dosa kepada Tuhan.
- Saat berdoa, ceritakan masalah yang sedang anda hadapi dan hal-hal yang sangat penting dalam kehidupan hari-hari.
Untuk nak hidup yang harmoni dan tenang, 3 perkara di atas adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapat pahala di akhirat.
Sama-sama kita beramal dan berbakti kepada orang lain tanpa melihat kedudukan mereka.
Sekian saja perkongsian saya pada kali ini...Saya doakan kita semua sentiasa di lindungi dan diberikan kesihatan yang baik.
Jika anda berminat untuk menjaga kesihatan bersama Shaklee, boleh la hubungi saya melalui link di bawah.🥰
https://linktr.ee/melbianashakleelabuan
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleelabuan
#shakleesabahsarawak
No comments:
Post a Comment