Hai semua...Bertemu lagi kita kembali.😄 Entry pada kali ini, saya ingin bercerita tentang Bisnes Online.
Seperti yang kita semua tahu, Bisnes online tidak lagi asing bagi kita...Ramai orang yang sudah membuat bisnes online untuk menjana extra pendapatan.
Pelbagai jenis bisnes yang kita boleh nampak tetapi apa yang penting ,kita haruslah memilih sesuatu bisnes yang boleh membawa kita pergi jauh.
Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips bisnes online yang boleh kita terapkan di dalam diri kita. Paling penting , dalam dunia bisnes ni hati kita kena kental.💪
1) Kita Harus Tahu Apa Tujuan Kita Buat Bisnes
-Sebelum kita mulakan sesuatu bisnes itu, kita haruslah kenalpasti apa tujuan kita untuk memulakan bisnes. Adakah kita buat bisnes tu sebab kita betul-betul ingin menjadikannya sebagai kerjaya dan punca pendapatan atau sebaliknya.
2) Pilih Bisnes Yang Anda Suka
-Ini juga sangat penting....Bila kita sudah buat keputusan untuk memulakan bisnes, kita mestilah mempunyai rasa suka dan enjoy untuk buat bisnes yang di pilih. Bukan kerana terpaksa tetapi kita rela dan mahu buat dengan sepenuh hati kita.
3) Sentiasa Berada Dalam Persekitaran Yang Positif
-Memilih circle yang Positif adalah sangat penting untuk kita memulakan bisnes. Bila kita berada dalam kumpulan yang betul,barulah kita boleh pergi lebih jauh dalam bisnes yang kita pilih.
-Jangan buang masa pada orang yang tak support kita dan orang-orang yang selalu merendah-rendahkan kita. Kerana orang-orang ini akan menjejaskan emosi kita.
4) Sentiasa Ingin Belajar
-Jangan terlalu cepat untuk merasa puas hati kerana perjalanan kita dalam dunia bisnes masih terlalu panjang. Sentiasalah mencari dan menambah ilmu supaya kita boleh meningkatkan potensi diri dan bisnes kita.
5) Letakkan Keutamaan Kepada Pelanggan
-Letakkan pelanggan kita dalam setiap keputusan yang kita buat. Haruslah diingat tujuan utama kita buat bisnes adalah untuk membantu orang ramai yang mempunyai masalah.
6) Rancang Dengan Teliti
-Setiap perancangan bisnes haruslah di buat dengan teliti dan dilakukan lebih awal supaya kita tidak membuang masa dan mengelak dari tersilap langkah.
7) Sesuaikan Diri
-Walaupun kita sudah membuat persediaan diri tetapi ada sesetengah perkara yang kita tidak dapat ramalkan. Oleh itu,kita perlulahh sesuaikan diri dalam apa jua keadaan agar kita dapat bertahan dalam bisnes kita.
8) Seimbangkan Online Dan Offline
-Zaman sekarang, kebanyakkan kita menggunakan media sosial untuk kita berhubung dengan prospek, rakan kongsi,pelanggan atau sesiapa sahaja untuk kita mempromosikan produk atau perkhidmatan kita.
-Kita juga perlu mencipta rangkaian hubungan dengan individu lain yang mempunyai pengaruh besar dalam perniagaan kita kerana rangkaian secara offline membuat prospek atau pelanggan kita akan lebih yakin dengan kita.
9) Mulakan Jualan Atau Pemasaran
- Ini merupakan benda yang paling penting dalam setiap bisnes sebab marketing akan membuatkan orang lebih nampak produk atau bisnes kita.
-Kita perlu tahu bahwa kita hanya mempunyai 30saat untuk menarik perhatian prospek kita. Pastikan kita menunjukkan idea yang berpotensi atau berkait dengan masalah prospek kita.
10) Jangan Cepat Putus Asa
-Kunci orang berjaya adalah mereka tidak mudah berputus asa, konsistent dan terus buat sampai habis walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan ujian.
Sekian saja perkongsian saya pada kali ini...Semoga tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin memulakan bisnes.
Jika anda sedang mencari bisnes yang fleksibel,anda boleh memilih Bisnes Shaklee....Dan jika anda ingin tahu lebih lanjut, bolehlah hubungi saya melalui link2 di bawah.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleelabuan
#shakleesabahsarawak
No comments:
Post a Comment