Hello semua...Perkongsian saya pada kali ini adalah berkenaan berkerja dari rumah.
Memandangkan harga semua barang semakin lama semakin naik...Jadi, ramai yang bergelar surirumah, pelajar atau yang bekerja pun membuat bisnes sampingan di rumah.
Kehidupan yang semakin mencabar membuat kita semua sedar bahawa pentingnya ada extra income.
Saya ingin menceritakan tentang diri saya sendiri yang baru menjinakkan diri dalam bisnes dan kerja dari rumah sahaja.
Bisnes yang saya pilih adalah bisnes Shaklee. Sebelum saya mulakan bisnes saya pada tahun 2020, saya sudah menjadi surirumah sepenuh masa dan bergantung 100% dengan pendapatan dari suami selama 9tahun.
9 tahun itu adalah masa yang sangat lama kan...Masa tu belum ada kesedaran untuk dapatkan extra income sebab masih berada dalam " Comfort Zone ".
Tapi eyalah, sebab masa tu Ringgit Malaysia kita masih di kira bernilai dan harga barang belum terasa mahalnya waktu itu.
Bermula selepas musibah Covid-19 yang melanda Negara kita Malaysia...Dari situ baru tersedar kehidupan semakin mencabar.
Akibat musibah tersebut, ramai orang yang terjejas....Pekerjaan hilang dan sebagainya. Begitu juga dengan pekerjaan suami saya turut terjejas.
Dari situ baru terfikir nak mencari side income untuk membantu suami sedikit sebanyak dalam perbelanjaan.
Kebetulan waktu itu, bisnes Shaklee melonjak naik kerana waktu itu baru timbul kesedaran orang ramai tentang kesihatan. Permintaan ke atas supplement kesihatan semakin tinggi.
Pada mulanya saya hanya pembeli...Tetapi kemudian upline saya telah memperkenalkan Bisnes Shaklee ni kepada saya,yang mana waktu itu memang saya sudah terfikir untuk cari bisnes yang bagus.
Memandangkan waktu Covid tu,permintaan terhadap supplement sangat tinggi jadi saya ambil keputusan untuk buat Bisnes Shaklee.
Sejak itu , saya hanya bekerja dari rumah dan hanya menggunakan telefon saja untuk berbisnes. Dan saya berjaya menghasilkan pendapatan dari Bisnes Shaklee.
Saya merasa sangat gembira, kerana saya boleh buat duit sambil menjaga anak2 depan mata saya.
Saya memulakan bisnes saya waktu itu tanpa modal tetapi saya boleh menghasilkan duit. Selama 9 tahun saya tiada duit sendiri dan bila dapat hasil dari usaha sendiri memang rasa tak sama.😄
Masa untuk bersama anak-anak juga lebih banyak...Bila kita buat kerja rumah pula , order akan tetap masuk setiap hari...Best sangat kerja dari rumah bersama Shaklee ni.
Bestnya buat bisnes Shaklee ini adalah kita akan di berikan penghargaan di setiap Rank yang kita capai...Saya sudah mencapai Rank Supervisor Pada Januari 2021 dan Rank Senior Supervisor Pada June 2021.
Jika kita tetap bersemangat dan meneruskan Bisnes Shaklee ini,pasti kita akan capai Rank Tertinggi Shaklee iaitu Master Coordinator.
Pelan perniagaan Shaklee sangat adil...Siapa buat lebih pasti akan dapat bonus besar. Tiada istilah downline buat kerja upline goyang kaki tau. Tetapi kita buat sama2 untuk capai bonus Masing-masing.😊
Produk Shaklee mempunyai permintaan sangat tinggi setiap hari...Dalam apa jua keadaan, Bisnes Shaklee tetap berjalan seperti biasa. Sebab tu ramai Master2 hebat yang bertahan bersama Shaklee lebih dari 30 tahun.
Shaklee sudah memenangi Award Trusted Brand selama 3tahun berturut-turut iaitu tahun 2021, 2022 dan 2023. Ramai yang sudah merasa keberkesanan Shaklee, sebab tu Shaklee kini menjadi pilihan Supplement No.1 di Malaysia.
Bagi anda yang sedang mencari bisnes terbaik dan boleh bekerja dari rumah, Shaklee adalah pilihan terbaik. Tak rugi buat Shaklee sebab kita boleh menjana income dan mendapat kesihatan yang baik bersama Shaklee.
Jangan lupa hubungi saya jika ingin tau lebih lanjut tentang Shaklee. Boleh hubungi saya melalui link2 di bawah ya.🥰
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleelabuan
#shakleesabahsarawak
No comments:
Post a Comment