Tuesday, 20 June 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Hai semua...Bertemu lagi kita kembali... Entry kali ini, saya ingin berkongsi beberapa petua untuk menghilangkan jeragat.

Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Perubahan warna ini menjadikan kulit kita kelihatan kusam dan tidak sekata.

Untuk memudarkannya, anda boleh mencuba beberapa petua hilangkan jeragat.

1) Menggunakan Jus Perahan Lemon



Jus perahan lemon sudah lama digunakan secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat.

Jus lemon mengandungi Vitamin C dan Asid Sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut malah ia dapat mencerahkan wajah.

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukan ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10minit dan lakukan 2kali sehari untuk kesan yang terbaik.

2) Sapukan Aloe Vera Di Permukaan Kulit Yang Berjeragat


Aloe Vera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit. Ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan selaran matahari.

Aloe Vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efektif untuk melawan pigmentasi kulit.

Sapukan Aloe Vera pada kawasan kulit berjeragat selama 15minit. Kemudian,basuh dengan air sejuk. Lakukan setiap hari untuk kesan terbaik.

3) Gunakan Serbuk Kunyit


Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Kajian yang dibuat menunjukkan kunyit mengandungi Curcumin yang boleh mengurangkan penghasilan Melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon, kemudian kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukan pada kawasan yang berjeragat dan tunggu sehingga ia kering dan basuh. 

Amalkan seminggu sekali untuk kesan yang lebih baik.

4) Gunakan Teh Hijau


Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk di minum tetapi ia juga boleh menghilangkan jeragat pada wajah.

Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. 

Disebabkan sifat antiradang ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit termasuk jeragat.

Caranya, rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit kemudian gunakan beg teh tersebut untuk disapukan pada kawasan kulit bermasalah.

5) Guna Serbuk Oat 


Serbuk Oat bukan sahaja boleh digunakan sebagai masker tetapi juga ia berkesan untuk menghilangkan jeragat di muka.

Campurkan sesudu serbuk Oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian,sapukan pada kulit bermasalah.

Serbuk Oat ini boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat.

6) Wajib Guna Sunscreen


Cahaya matahari dan cahaya lampu boleh menyebabkan pembentukkan jeragat, sebab itu kita wajib menggunakan Sunscreen setiap hari untuk menghalang sinaran UVA dan UVB.

Sunscreen dari Youth Shaklee mempunyai SPF 50 dan Broad Spectrum yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Jadi, penggunaan sunscreen amatlah penting ya.

Sekian saja perkongsian saya pada kali ini...Kita boleh sama-sama amalkan tips2 di atas untuk mengatasi masalah jeragat. 

Jika anda nak dapatkan produk2 Shaklee untuk kulit....Seperti biasa, hubungi saya melalui2 link2 di bawah ya.🥰

WhatsApp

Facebook

Instagram


#NextlevelBlogging

#Shakleetriump2023

#Shakleethrive2023

#Shakleelabuan

#Shakleesabahsarawak

No comments:

Post a Comment