Tuesday, 20 June 2023

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 


Hello semua...Berjumpa lagi kita di entry saya kali ini. Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang Amalan Gaya Hidup Sihat.

Untuk kekalkan kehidupan yang sihat, semestinya kita kena ada amalan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan kita sehari-hari.

Kehidupan di zaman moden ini, pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara mengamalkan gaya hidup sihat. Ini kerana, kita sering dikejutkan dengan berita-berita tentang masalah kesihatan rakyat Malaysia.

Contohnya, meningkatnya kes-kes penyakit kritikal seperti sakit jantung, kanser, diabetes dan lain-lain.

Pada masa kini, Malaysia merupakan Negara yang mempunyai rekod tertinggi untuk penyakit Obesiti. Oleh itu, kita mestilah wajib mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang sihat.

Terdapat pelbagai cara untuk dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan yang sihat. Boleh baca tips-tips di bawah ya.


1) Menjaga Pemakanan Seharian

Perkara yang paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan Pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ).


Antara makanan utama yang paling penting perlu diamalkan setiap hari adalah nasi dan bijirin. Ini kerana, kita memerlukan karbohidrat sebagai membekalkan tenaga untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai aktiviti harian.

Pengambilan yang kedua penting pula adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan buah dan sayur yang cukup setiap hari dapat membekalkan Vitamin dan serat kepada badan manusia.

Selain itu, dalam piramid makanan juga ada menunjukkan supaya kita mengurangkan mengambil makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam dan gula. Ini kerana, ia dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabestes, darah tinggi dan sebagainya.

2) Melakukan Senaman atau Riadah

Untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat juga, kita perlu melakukan aktiviti senaman dan riadah untuk kesihatan badan kita.

Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta amalan bersenam secara konsistent, ianya dapat membantu membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan.

Aktiviti senaman atau riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama minimum 30minit setiap kali.

3) Jauhkan Diri Daripada Tekanan Diri

Untuk gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan tekanan diri atau stress. Ianya melibatkan tekanan yang sukar di kawal sama ada di tempat kerja, tempat belajar atau masalah rumah tangga.

Seseorang yang mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari jalan untuk menguruskannya supaya Fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita dan menjejaskan kesihatan diri.

Antara langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi tekanan diri adalah seperti :-

✅Meminta pendapat atau pandangan orang yang lebih pakar.

✅Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga 

✅Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti keagamaan untuk terus memotivasikan diri.

Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita untuk hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa kemurungan yang disebabkan tekanan diri mahupun kehidupan yang tidak teratur.

4) Menjaga Kebersihan Rumah Dan Persekitaran

Seterusnya,menjaga Kebersihan rumah dan Persekitaran juga penting untuk mengelak daripada terjebak atau terdedah kepada perkara yang menjejaskan kesihatan.

Contohnya,tempat-tenpat yang membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada penyakit demam denggi.

Segala sampah sarap hendaklah dibuang ditempat yang betul dan elakkan daripada membuang ke sungai yang akan menyebabkan pencemaran air.

5) Menghindarkan Diri Daripada Aktiviti Negatif Yang Boleh Menjejaskan Kesihatan

Kita hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti  negatif yang boleh memberi kesan tidak baik pada tubuh badan kita. Ini kerana aktiviti negatif boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang.

Contoh aktiviti negatif ialah :-

✅Penagihan dadah

✅Ketagihan arak

✅Seks rambang 

✅Menghisap rokok

Kesemua aktiviti ini boleh menjejaskan kesihatan kita dalam jangka masa yang panjang.

6) Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan

Kebanyakkan orang dalam kalangan masyarakat kita biasanya hanya akan berjumpa dengan doktor bila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka lupa bahawa gaya hidup yang sihat itu memerlukan kita membuat Pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dengan itu, kita bolehlah mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik.

7) Mengamalkan Supplement Yang Selamat

Pengamalan mengambil supplement juga sangat penting, memandangkan gaya hidup masyarakat masa kini memang penuh dengan kesibukkan dan berhadapan dengan gadjet setiap masa. Maka, kita perlu mengambil supplement mengikut kesesuaian bagi memenuhi nutrisi penting untuk kita setiap hari.

Beberapa supplement basic yang perlu kita amalkan adalah seperti Protein, Vitamin C dan Omega Guard. Ini antara yang paling basic yang ramai orang amalkan dan yang penting mudah untuk diambil.


Protein ESP Shaklee


Sustained Release Vita C Plus Shaklee


Omega Guard Shaklee

Sekian saja perkongsian saya pada kali ini...Kita jumpa di lain entry pula...Sama-samalah kita amalkan gaya hidup yang sihat demi kesihatan kita semua.

Kalau anda ada yang mencari supplement Shaklee, boleh hubungi saya di link2 di bawah ya.🥰

WhatsApp

Facebook

Instagram

#bloggingnextlevel

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#shakleelabuan

#shakleesabahsarawak


No comments:

Post a Comment

VITA C SHAKLEE PENYELAMAT KELUARGA KU

Se belum saya mengenali lebih dalam Vita C Shaklee ni, saya selalu beli Vitamin dari pasaran tanpa tengok harga dan bahan-bahannya. Mau di j...