Friday, 30 June 2023

HIDUP BERSEMANGAT BERSAMA RES-V SHAKLEE

 


APA ITU RES V?

Res V adalah penemuan revolusi terbaru. Res V dihasilkan secara Saintifik yang direka untuk mengekalkan keremajaan dan untuk hidup yang lebih bersemangat.


Res V merupakan adik kepada Vivix tetapi ramai tak kenal Res V sebab ianya produk baru. Kandungan Polifenol di dalam Res V 30% lebih daripada Vivix.

Res V mempunyai kehebatan fungsi kelebihan 13 kali ganda lebih daripada Vivix.

Ia diperbuat daripada gabungan Polifenol dan ekstrak botani hasil gabungan 7tumbuhan, 

iaitu :-

✅Muscadine Grape

✅Japanese Knotweed

✅Purple Carrot

✅Pomegranate

✅Grape Pomace

✅Black currant

✅Chebulic Myrobalan


Gabungan Polifenol dari bahan utama Res V Shaklee ni memberi kesan yang terbaik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Bahan-Bahan Res V :-


1) Muscadine Grape 

-Mengandungi sifat antioksidan dan kepekatan asid elagik dan elgitanin,sejenis polifenol terkenal.

2) Japanese Knotweed 

-Mengandungi Polifenol utama yang dipanggik Resveratrol. Mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan yang baik.

3) Purple Carrot 

-Mengandungi Polifenol seperti Antosianin dan Lutein dengan antioksidan yang kuat untuk kesihatan yang baik.

4) Pomegranate ( Buah Delima )

-Penuh dengan nutrien penting termasuk elagitanin, asid elagik dan flavonoid

5) Black Currant

-Kaya dengan nutrien dan penuh antioksidan,Polifenol dan Vitamin C.

6) Chebulic Myrobalan ( Buah Kaduka)

-Dikenali juga sebagai "Raja Ayurveda" mempunyai manfaat yang luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid galik dan asid elagik.

7) Anggur Pomace

-Mengandungi paras Polifenol yang tinggi seperti Proanthocyanidins yang menawarkan antioksidan.

10 Manfaat Polifenol Dalam Res V

✅Membantu meningkatkan tenaga dalam badan

✅Membantu mengawal gula dalam darah

✅Membantu melindungi sel badan

✅Membantu mengawal berat badan

✅Menyokong kesihatan mata

✅Menyokong kesihatan minda 

✅Meningkatkan sistem Imun Badan

✅Menyokong kesihatan sendi 

✅Menyokong kesihatan jantung

✅Melambatkan proses penuaan

Hanya perlu ambil 2biji setiap hari sebelum tidur untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Jika anda perlukan Res V sebagai supplement kesihatan anda, boleh terus hubungi saya melalui link2 di bawah ya.🥰

WhatsApp

Facebook

Instagram

#ResVShaklee #ShakleeLabuan


VIVIX MINUMAN BOTANI TERBAIK SHAKLEE

 


Apa itu Vivix?

Vivix merupakan supplement jenis minuman yang sangat premium di Shaklee kerana mempunyai kandungan antioxidant yang sangat tinggi.

Vivix adalah satu-satunya supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA.

Vivix juga merupakan minuman botani yang yang terbaik untuk anti-penuaan dan kesihatan menyeluruh.

Kandungan Vivix Shaklee

1) Purple Carrot


Merupakan salah satu daripada superfood.

✅Mempunyai Astaxanthin , Anthocyanin dan kaya dengan antioksidan.

✅Warna ungu pada carrot mempunyai Pytochemical yang sangat bagus untuk kesihatan manusia.

✅Mengurangkan keradangan.

✅Menggalakkan penglihatan yang sihat.

✅Meningkatkan keanjalan salur darah

2) Japanese Knotweed


Mempunyai bahan yang sangat bagus untuk kesihatan perut.

✅Melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.

✅Membantu merendahkan tekanan darah tinggi

✅Membantu menyihatkan sel pankreas pesakit diabetes dan bantu penghasilan insulin semulajadi.

3) European Elderberry


✅Sangat bagus untuk kesihatan pernafasan.

✅Meningkatkan kesihatan sistem imun badan.

✅Membantu melawan selesma, demam dan serangan influenza.

✅Mengandungi Ellagic Acid yang bertindak membantu melawan kanser dan jangkitan virus /bakteria.

4) Muscadine Grape


Sejenis anggur yang lain daripada anggur lain kerana mempunyai extra kromosom. Extra Kromosom ini membantu menyihatkan sel-sel manusia yang rosak genetik.

✅Muscadine grape ini baik untuk kesihatan jantung. Membantu salur darah sentiasa sihat dan tidak tersumbat.

✅Kaya dengan Antioksidan yang melawan radikal bebas.

✅Kaya dengan RESVERATROL. Resveratrol membantu melindungi badan daripada kolestrol melekat di badan.

Keistimewaan Vivix Shaklee

🍇Mempunyai hak ekslusif iaitu 5 paten terhadap Vivix, Shaklee mempatenkan hak ke atas 4 tumbuhan yang hebat tanpa sebarang pengawet.

🍇Merupakan gabungan Resveratrol dan 16 jenis polifenol.

🍇Shaklee mempatenkan "Cold Filling Extraction" process ekslusif untuk Vivix Shaklee.

🍇Menggunakan bahan semulajadi,berkesan dan selamat serta baik untuk kesihatan menyeluruh.

🍇Resveratrol iaitu kandungan di dalam Vivix telah di rujuk di lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard.


Kebaikkan Vivix

Bertindak Sebagai Anti-Radang

-Bantu kurangkan masalah keradangan seperti jerawat di kulit, keradangan dalam organ atau sel badan.

-Membantu mengurangkan risiko penyakit kanser menjadi lebih serius.

Membaiki Dan Melindungi Sel Badan

-Vivix dapat membantu memperlahankan kadar kerosakkan sel dalam badan akibat daripada radikal bebas. 

-Sel dalam badan juga dapat dilindungi oleh Resveratrol dan Polifenol daripada mengalami kerosakkan.

Melambatkan Proses Penuaan

-Hasil kajian Klinikal menunjukkan Vivix mampu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang bertindak melambatkan penuaan tahap sellular.

-Vivix membantu membaiki sel badan dari peringkat DNA,jadi Vivix adalah supplement anti-penuaan terbaik.

Membantu Melambatkan proses Penghasilan Protein AGE

-Ramuan Vivix yang mempunyai antioxidant yang sangat tinggi membantu melambatkan penghasilan AGE .

-AGE terhasil akibat lebihan gula dan protein. AGE sangat bahaya kerana ia mampu merosakkan sistem tubuh badan manusia.

-AGE juga adalah faktor utama kepada masalah penyakit kronik.

Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

-Karbohidrat yang diambil apabila dicerna akan menghasilkan gula yang bertindak memberi sumber tenaga kepada badan kita.

-Namun, sekiranya pengambilan karbohidrat dan gula adalah dalam kuantiti yang banyak ,ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah.

- Vivix mengandungi kandungan polifenol yang tinggi didapati daripada anggur muscadine yang membantu melambatkan proses pencernaan karbohidrat dalam badan sekaligus mengurangkan risiko peningkatan paras gula dalam darah.

Menyokong Kesihatan Jantung Dan Membantu Masalah Penyakit Strok

-Vivix mengandungi Resveratrol yang tinggi yang bertindak membantu mengurangkan Potensi mendapat penyakit jantung dah darah tinggi.

-Resveratrol dapat membantu menurunkan jumlah kolestrol LDL, lemak dan Trigliserida di dalam badan serta membantu meningkatkan kolestrol HDL dalam darah.

-Resveratrol juga membantu menurunkan kepekatan darah sekaligus mengurangkan risiko terjadinya pembekuan darah.

-Resveratrol melindungi salur darah daripada proses pengoksidaan yang membantu mengurangkan pembentukkan plak.

Mengurangkan Risiko Kerosakkan Mata Dan Mempercepatkan Proses Penyembuhan Luka

- Kandungan Polifenol Anthocyanins di dalam Vivix bertindak membantu dalam membaiki masalah penglihatan dan Mempercepatkan Penyembuhan luka.


Jika anda perlukan Vivix untuk kesihatan...Boleh terus hubungi saya melalui link2 di bawah ya.🥰

WhatsApp

Facebook

Instagram

#VivixShaklee

#Shakleelabuan


Tuesday, 20 June 2023

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Hai semua...Bertemu lagi kita kembali... Entry kali ini, saya ingin berkongsi beberapa petua untuk menghilangkan jeragat.

Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Perubahan warna ini menjadikan kulit kita kelihatan kusam dan tidak sekata.

Untuk memudarkannya, anda boleh mencuba beberapa petua hilangkan jeragat.

1) Menggunakan Jus Perahan Lemon



Jus perahan lemon sudah lama digunakan secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat.

Jus lemon mengandungi Vitamin C dan Asid Sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut malah ia dapat mencerahkan wajah.

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukan ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10minit dan lakukan 2kali sehari untuk kesan yang terbaik.

2) Sapukan Aloe Vera Di Permukaan Kulit Yang Berjeragat


Aloe Vera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit. Ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan selaran matahari.

Aloe Vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efektif untuk melawan pigmentasi kulit.

Sapukan Aloe Vera pada kawasan kulit berjeragat selama 15minit. Kemudian,basuh dengan air sejuk. Lakukan setiap hari untuk kesan terbaik.

3) Gunakan Serbuk Kunyit


Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Kajian yang dibuat menunjukkan kunyit mengandungi Curcumin yang boleh mengurangkan penghasilan Melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon, kemudian kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukan pada kawasan yang berjeragat dan tunggu sehingga ia kering dan basuh. 

Amalkan seminggu sekali untuk kesan yang lebih baik.

4) Gunakan Teh Hijau


Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk di minum tetapi ia juga boleh menghilangkan jeragat pada wajah.

Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. 

Disebabkan sifat antiradang ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit termasuk jeragat.

Caranya, rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit kemudian gunakan beg teh tersebut untuk disapukan pada kawasan kulit bermasalah.

5) Guna Serbuk Oat 


Serbuk Oat bukan sahaja boleh digunakan sebagai masker tetapi juga ia berkesan untuk menghilangkan jeragat di muka.

Campurkan sesudu serbuk Oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian,sapukan pada kulit bermasalah.

Serbuk Oat ini boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat.

6) Wajib Guna Sunscreen


Cahaya matahari dan cahaya lampu boleh menyebabkan pembentukkan jeragat, sebab itu kita wajib menggunakan Sunscreen setiap hari untuk menghalang sinaran UVA dan UVB.

Sunscreen dari Youth Shaklee mempunyai SPF 50 dan Broad Spectrum yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Jadi, penggunaan sunscreen amatlah penting ya.

Sekian saja perkongsian saya pada kali ini...Kita boleh sama-sama amalkan tips2 di atas untuk mengatasi masalah jeragat. 

Jika anda nak dapatkan produk2 Shaklee untuk kulit....Seperti biasa, hubungi saya melalui2 link2 di bawah ya.🥰

WhatsApp

Facebook

Instagram


#NextlevelBlogging

#Shakleetriump2023

#Shakleethrive2023

#Shakleelabuan

#Shakleesabahsarawak

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 


Hello semua...Berjumpa lagi kita di entry saya kali ini. Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang Amalan Gaya Hidup Sihat.

Untuk kekalkan kehidupan yang sihat, semestinya kita kena ada amalan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan kita sehari-hari.

Kehidupan di zaman moden ini, pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara mengamalkan gaya hidup sihat. Ini kerana, kita sering dikejutkan dengan berita-berita tentang masalah kesihatan rakyat Malaysia.

Contohnya, meningkatnya kes-kes penyakit kritikal seperti sakit jantung, kanser, diabetes dan lain-lain.

Pada masa kini, Malaysia merupakan Negara yang mempunyai rekod tertinggi untuk penyakit Obesiti. Oleh itu, kita mestilah wajib mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang sihat.

Terdapat pelbagai cara untuk dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan yang sihat. Boleh baca tips-tips di bawah ya.


1) Menjaga Pemakanan Seharian

Perkara yang paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan Pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ).


Antara makanan utama yang paling penting perlu diamalkan setiap hari adalah nasi dan bijirin. Ini kerana, kita memerlukan karbohidrat sebagai membekalkan tenaga untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai aktiviti harian.

Pengambilan yang kedua penting pula adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan buah dan sayur yang cukup setiap hari dapat membekalkan Vitamin dan serat kepada badan manusia.

Selain itu, dalam piramid makanan juga ada menunjukkan supaya kita mengurangkan mengambil makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam dan gula. Ini kerana, ia dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabestes, darah tinggi dan sebagainya.

2) Melakukan Senaman atau Riadah

Untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat juga, kita perlu melakukan aktiviti senaman dan riadah untuk kesihatan badan kita.

Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta amalan bersenam secara konsistent, ianya dapat membantu membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan.

Aktiviti senaman atau riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama minimum 30minit setiap kali.

3) Jauhkan Diri Daripada Tekanan Diri

Untuk gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan tekanan diri atau stress. Ianya melibatkan tekanan yang sukar di kawal sama ada di tempat kerja, tempat belajar atau masalah rumah tangga.

Seseorang yang mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari jalan untuk menguruskannya supaya Fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita dan menjejaskan kesihatan diri.

Antara langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi tekanan diri adalah seperti :-

✅Meminta pendapat atau pandangan orang yang lebih pakar.

✅Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga 

✅Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti keagamaan untuk terus memotivasikan diri.

Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita untuk hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa kemurungan yang disebabkan tekanan diri mahupun kehidupan yang tidak teratur.

4) Menjaga Kebersihan Rumah Dan Persekitaran

Seterusnya,menjaga Kebersihan rumah dan Persekitaran juga penting untuk mengelak daripada terjebak atau terdedah kepada perkara yang menjejaskan kesihatan.

Contohnya,tempat-tenpat yang membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada penyakit demam denggi.

Segala sampah sarap hendaklah dibuang ditempat yang betul dan elakkan daripada membuang ke sungai yang akan menyebabkan pencemaran air.

5) Menghindarkan Diri Daripada Aktiviti Negatif Yang Boleh Menjejaskan Kesihatan

Kita hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti  negatif yang boleh memberi kesan tidak baik pada tubuh badan kita. Ini kerana aktiviti negatif boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang.

Contoh aktiviti negatif ialah :-

✅Penagihan dadah

✅Ketagihan arak

✅Seks rambang 

✅Menghisap rokok

Kesemua aktiviti ini boleh menjejaskan kesihatan kita dalam jangka masa yang panjang.

6) Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan

Kebanyakkan orang dalam kalangan masyarakat kita biasanya hanya akan berjumpa dengan doktor bila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka lupa bahawa gaya hidup yang sihat itu memerlukan kita membuat Pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dengan itu, kita bolehlah mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik.

7) Mengamalkan Supplement Yang Selamat

Pengamalan mengambil supplement juga sangat penting, memandangkan gaya hidup masyarakat masa kini memang penuh dengan kesibukkan dan berhadapan dengan gadjet setiap masa. Maka, kita perlu mengambil supplement mengikut kesesuaian bagi memenuhi nutrisi penting untuk kita setiap hari.

Beberapa supplement basic yang perlu kita amalkan adalah seperti Protein, Vitamin C dan Omega Guard. Ini antara yang paling basic yang ramai orang amalkan dan yang penting mudah untuk diambil.


Protein ESP Shaklee


Sustained Release Vita C Plus Shaklee


Omega Guard Shaklee

Sekian saja perkongsian saya pada kali ini...Kita jumpa di lain entry pula...Sama-samalah kita amalkan gaya hidup yang sihat demi kesihatan kita semua.

Kalau anda ada yang mencari supplement Shaklee, boleh hubungi saya di link2 di bawah ya.🥰

WhatsApp

Facebook

Instagram

#bloggingnextlevel

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#shakleelabuan

#shakleesabahsarawak


Friday, 9 June 2023

PENGEDAR SHAKLEE LABUAN

Hello...Selamat datang ke Blog saya, terima kasih kerana sudi singgah di Blog saya.🥰

Korang ada tak yang sedang mencari Pengedar Shaklee yang sah dan berilmu di kawasan Labuan?

Kalau ada, sayalah orang yang anda cari tu...Betul, saya pengedar sah Shaklee yang berilmu di kawasan Labuan.

Orang2 Labuan mesti selalu inginkan barang yang ready stock kan...Memandangkan Labuan ni tiada Branch Shaklee tetapi jangan risau, saya mempunyai ready stock untuk anda.

Jika kehabisan stok pun, saya akan tolong korang order melalui sistem dan barang akan sampai dalam sehari ke dua hari jika tiada delay.

Sepanjang saya menjadi pengesar Shaklee, saya bersyukur selalu di temukan dengan customer2 yang memahami. Setiap pembeli yang berada di Labuan, saya akan pastikan saya cod secepat yang mungkin.

Setiap customer yang datang membeli dengan saya, mereka akan diberikan bimbingan cara pengambilan yang betul. Jika kita membeli sesuatu, semestinya kita perlukan cara pengambilan yang betul dan berkesan kan.

Untuk pengetahuan, saya ada membuat pengeposan ke seluruh Malaysia dan COD setiap hari. Semuanya hanya di hujung jari dan ianya memudahkan semua urusan kita.

Di sini, saya sertakan nama dan nombor telefon bisnes partner saya yang berada di Labuan dan Sabah. Kalau korang berminat boleh la hubungi mereka dan mereka juga akan membimbing anda.

✅Tijah - 011-16007803 ( Shaklee Labuan )

✅Lily - 010-9428932 ( Shaklee Labuan )

✅Candy - 019-7222395 ( Shaklee Sabah )

Sebenarnya , mana2 pengedar Shaklee pun boleh ja korang hubungi sebab Shaklee kan bisnes di hujung jari jadi bila2 dan di mana2 saja korang berada, kami pasti berikan service yang terbaik.

Antara Produk yang pernah saya COD

Saya bukan sekadar menjual tetapi saya juga bertanggungjawab membimbing anak2 team saya untuk bersama2 menjana income di Shaklee dan membantu lebih ramai orang untuk sihat.

Training Untuk Leader-Leader Shaklee

Di Shaklee,kami ada disediakan training2 untuk meningkatkan ilmu kami tentang Produk dan Bisnes. Sebab tu, korang wajib mendapatkan produk Shaklee dengan pengedar Shaklee yang sah dan berilmu.

Bersama Bisnes Partner Saya.

So, orang2 Labuan atau di mana saja anda berada...Boleh la hubungi kami untuk mendapatkan produk Shaklee anda dan mengetahui bagaimana cara menjadi ahli Shaklee. 

Untuk direct saya, boleh hubungi link2 di bawah ya.🥰



#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleelabuan
#shakleesabahsarawak


Thursday, 8 June 2023

TESTIMONI SHAKLEE SAYA DAN KELUARGA

Hai semua....Apa khabar? Bertemu lagi kita di entry kali ni.

Entry kali ni, saya nak berkongsi cerita Testimoni Shaklee saya. Saya mula mengambil Shaklee pada tahun 2020 iaitu pada bulan May.

Produk Pertama yang saya sendiri consume ialah Sustained Release Vita C Plus Shaklee. Sebab utama saya ambil Vita C Shaklee adalah kerana saya kerap sakit dan untuk ikhtiar resdung suami saya.

Vitamin C hanya 2biji Sehari

Kebetulan waktu tu, terjadi peristiwa yang paling tak dapat dilupakan iaitu negara kita Malaysia di landa bencana Covid-19. 

Memandangkan setiap bulan saya mesti akan batuk selesma...Jadi saya mencuba berikhtiar dengan produk Shaklee. 

Siapa yang tahan kan, bila anak2 mula batuk selesma, selepas dua tiga hari pasti sampai giliran saya.😌 Sudahlah setiap bulan sakit, lambat pula nak sembuh sampai berhabis duit beli ubat saya dan anak2.

Waktu Covid tu pula, baru timbul kesedaran semua orang untuk mengambil Vitamin C sebab risau dengan kesihatan akan terjejas.

Dan setelah saya  consume secara konsistent, wow....Betul2 ajaib sebab saya tidak sakit dalam bulan kedua saya ambil Vita C Shaklee.

Betapa gembira nya hati saya sebab akhirnya berjumpa dengan Vitamin C yang sangat sesuai dan berkesan pada saya. Sebelum itu, saya pernah juga amalkan Vitamin C brand lain tapi kesannya mungkin tak sesuai pada saya kerana saya tetap kerap sakit.

Setelah amalkan Vitamin C Shaklee, kemudian saya mencuba lagi protein ESP Shaklee. Memandangkan saya juga mempunyai masalah kulit berjerawat dan kulit kusam.

Setiap hari segelas Protein ESP

Secara ringkasnya,sejak saya konsistent consume ESP dan Vita C ni...Kulit saya terasa lebih sihat dan kesihatan juga semakin baik.

ESP membantu masalah kulit saya, sejak konsistent minum setiap hari tiada sudah kulit kering tapi kulit terasa lembab sentiasa....kalau dulu muka kusam dan kulit kering sampai jerawat pun asyik nak muncul.😌

Inilah 2 produk yang mula2 saya ambil secara konsistent....syukur sangat ,Shaklee banyak membantu dalam kesihatan dalaman dan luaran saya dan resdung suami juga sekarang dapat di kawal berbanding dulu.😃

Cerita pula testimoni anak2 saya...Anak saya ada 2 orang, seorang perempuan dan seorang lelaki. Sebelum kenal Shaklee mereka juga kerap sakit, setiap bulan juga mesti batuk selesma dan untuk sembuh mengambil masa berminggu2.

Bila si kaka sudah mula bersekolah, lagi lah mudah jatuh sakit dan setelah itu, akan menjangkit pada si adik. Pening kepala juga waktu tu, sebab bila anak2 sakit ni ibu2 pun susah hati.

Nak beli ubat pula sebotol pasti tak cukup untuk 2 orang...Dalam sebulan tu, berbotol-botol ubat dari klinik. Sudahlah harga mahal kan lagi pun, anak2 kalau terlampau banyak makan ubat klinik memang tak bagus.

Tapi saya betul2 bersyukur, kerana Shaklee ada Vitamin untuk kanak2. Sama seperti saya, bila saya konsistent berikan Vitamin kanak2 Shaklee iaitu Vita Lea Kids dan Hero Kiddo...Anak2 saya juga jarang jatuh sakit.


3 Biji Gummy Sehari

2 Tablet Sehari

Saya juga berikan mereka Omega Guard setiap hari untuk kuatkan lagi sistem imun mereka dan untuk kecergasan otak mereka.

Sebiji Sehari

Jika sebelum ini, kami setiap bulan batuk selesma....Tapi kini, sejak 2021 lagi kami sudah jarang sakit...setahun dalam 2 atau 3 kali sahaja. Syukur sangat2...

Dan jika sakit pun, tempoh penyembuhan sangat cepat berbanding dulu...Sekarang anak2 pun sudah tau apa tu Shaklee.🤭

So,kepada anda yang mempunyai masalah seperti saya...Boleh cuba ikhtiar dengan Produk Shaklee...Mana tau sesuai kan.

Nak dapatkan produk Shaklee,bolehlah hubungi saya melalui link2 di bawah ya.🥰

Doakan semoga entry saya kali ni mendapat hadiah istimewa dari tajaan www.anakkuwira.com 🙏🙏

WhatsApp

Facebook

Instagram

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#shakleelabuan

#shakleesabahsarawak

Friday, 2 June 2023

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu bahawa Multivitamin Shaklee merupakan Multivitamin Pertama di Dunia yang di cipta pada tahun 1915 oleh Dr. Forrest C.Shaklee. Multivitamin Pertama ini telah berusia 108 tahun dan masih menjadi pilihan ramai pada masa kini.


Sebagai ahli Shaklee, saya rasa sangat berbangga kerana produk Shaklee mempunyai Sejarah yang sebegini. Dalam tempoh 100tahun,beliau sudah dapat menjangkakan kehidupan kita masa kini iaitu pengambilan makanan yang tak seimbang dan gaya hidup yang tak sihat.

Wajah Pertama Multivitamin Shaklee


Multivitamin Shaklee

Menurut Kajian Nutrisi Golongan Dewasa Malaysia (MANS) 2014, kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengambil makanan yang kaya Vitamin dan Mineral dengan mencukupi. 

Ini kerana gaya hidup masa kini telah mempengaruhi cara pengambilan makanan kita. Sebab tu, pengambilan Multivitamin sangat penting bagi mereka yang mempunyai kehidupan yang sibuk.

Carta Kajian MANS


APAKAH KESAN KEKURANGAN MIKRONUTRIEN PADA BADAN KITA?

1) Akibat kekurangan Kalsium, kita akan mengalami jari kebas dan denyutan jantung yang tak normal.

2) Akibat kekurangan Vitamin D, kita akan mengalami masalah tulang dan perubahan mood.

3) Akibat kekurangan Folat, kita akan berisiko mengalami kecacatan kehamilan, cirit-birit dan sakit perut.

4) Akibat kekurangan Zat Besi, kita akan mudah lesu,sesak nafas, sejuk pada kaki dan tangan, dan juga mengalami kuku rapuh.


KEBAIKKAN MENGAMBIL MULTIVITAMIN YANG CUKUP SETIAP HARI?

✅Mengisi jurang nutrisi
✅Menguatkan tahap tenaga
✅Menambah baik mood
✅Mengurangkan tekanan dan kebimbangan



Adalah sangat penting untuk kita mengambil Multivitamin yang cukup setiap hari.

Formula Vita-Lize baru mengandungi Nutrisi penting untuk kesihatan optimum.

✅Setiap hidangan membekalkan 25jenis Vitamin dan Mineral penting.
✅2Tablet Vita-Lize membekalkan 600mcg Asid Folik dan Vitamin B.
✅Sistem penghantaran salutan Mikro berpaten yang di reka untuk memastikan penyerapan Asid Folik.


Mampukah kita mengambil semua yang di bawah setiap hari?


Mungkin ada yang mampu dan ada yang tidak...Yang pasti, mesti ramai yang tak mampu kerana bukan sahaja harga barang masa kini menjadi isu tetapi masalah masa juga menjadi satu masalah kerana ramai orang yang nak cepat.

Sebab tu, pengambilan Multivitamin berbentuk tablet ini memberi kemudahan kepada ramai orang kerana ia sangat mudah di ambil malah lengkap dengan Nutrisi untuk sehari.


Hanya 2Tablet Sehari

SIAPA YANG PERLU MENGAMBIL MULTIVITAMIN INI?
📌Orang dewasa yang selalu sibuk
📌Orang dewasa yang mengalami tekanan
📌Orang dewasa yang mengalami kekurangan berat badan
📌Orang dewasa yang aktif kerana Multivitamin ini dapat memberi tenaga yang berpanjangan.
📌Orang dewasa yang mengambil diet tak seimbang
📌Ibu hamil dan ibu menyusu

Multivitamin Shaklee yang terbaru iaitu Vita-Lize yang mempunyai formula baru akan dilancarkan pada masa terdekat ini.



Jadi, bagi anda yang mahu mendapatkan Multivitamin ini, bolehlah terus menghubungi saya melalui link2 di bawah ya.🥰



#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#shakleelabuan
#shakleesabahsarawak