Monday, 29 May 2023

KATA-KATA MOTIVASI PENGUAT SEMANGAT

Setiap orang pasti memerlukan kata-kata motivasi dari orang2 yang berilmu. Kerana dari situ kita akan belajar membetulkan apa kesilapan yang telah kita buat.

Tiada manusia yang tidak pernah merasa down atau merasa dirinya tak berguna saat dia gagal melakukan sesuatu.

Semua itu adalah normal kerana tiada manusia yang sempurna. Dalam perjalanan hidup pasti ada turun dan naik.

Bagi yang menemui kegagalan dalam hidup, jangan pernah merasa bahawa diri sudah tiada peluang lain untuk terus berjaya.

Setiap kita pasti akan ada ujian dan cabaran masing-masing. Ujian-ujian itulah yang akan membuat kita bangkit lebih kuat untuk terus mencapai impian2 kita.

Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Orang-orang yang berjaya juga sudah melalui pelbagai ujian dan cabaran. Apa yang membuatkan mereka berjaya sekarang adalah kerana mereka tidak pernah berputus asa dan berputus harapan untuk meneruskan perjuangan mereka.

Hidup ini sentiasa akan ada masalah...Tiada sesiapa pun yang akan terlepas dari masalah. Apa yang penting, kita jangan fokus pada masalah saja tetapi kita perlu berfikir untuk mencari penyelesaian.

Di sini saya sertakan kata-kata motivasi terpilih yang boleh kita semua jadikan penguat semangat. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah, maka jangan pernah berputus asa dalam menjalani hidup ini.

KATA-KATA MOTIVASI PENGUAT SEMANGAT

1. "Menyerah bererti menerima bahawa anda kalah. Tetapi jika beristirehat dan mencuba lagi itu adalah tanda sebuah tekad."

2. "Bertahan hidup di dunia yang kejam ini adalah perkara yang melelahkan, tetapi ianya akan membawa banyak kemenangan di akhir pertempuran."

3. "Semakin keras anda bekerja untuk sesuatu, maka anda akan rasa lebih berpuas hati ketika sudah mencapainya."

4. "Tidak ada sesuatu bahkan rasa sakit, yang bertahan selamanya. Jika orang lain boleh terus melangkah satu kaki di depan yang lain, kita juga pasti boleh."

5. "Bersyukurlah ketika merasa lelah kerana tidak semua orang boleh sekuat kamu."

6. "Jangan menyerah, kebahagiaan akan hadir setelah lelahmu."

7. "Melihat kejayaan orang lain hanya akan membuatmu kelelahan maka Ciptakan kejayaanmu sendiri."

8. "Menjadi kuat bukan bererti kamu tidak pernah lelah. Itu bererti kamu memiliki kekuatan untuk bangkit kembali setelah beristirehat."

9. "Lelah tidak pernah dirasakan oleh mereka yang tidak mau berusaha."

10. "Orang-orang sukses tidak berbakat, mereka hanya bekerja keras, lalu berhasil dengan sengaja."

11. "Dinding terbesar yang harus kamu panjat adalah KOTAK FIKIRANMU."

12. "Jangan kecewa dan merasa lelah, kerana ia akan menjadi pengingat terbaik untuk targetmu."

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua. Jika anda memerlukan Vitamin untuk kesihatan,bolehlah hubungi saya melalui link di bawah ya.🥰

WhatsApp

Facebook

Instagram

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#teamleadership

#shakleelabuan

#shakleesabahsarawak

No comments:

Post a Comment