Hai semua...Kali ni saya rasa nak share tentang pengalaman saya buang gigi bongsu..😱😱😱
Dengar pun seram kan,apalagi saya ni langsung tak pernah cabut gigi dari kecil...Tup tup dah umur nak dekat separuh abad ni,nak buang gigi bongsu pula...😖😖
Alkisahnya,saya mempunyai wisdom teeth di kedua2 belah bahagian bawah...Tapi gigi bongsu yang pertama di sebelah kanan tidak menyakitkan dan tumbuh dengan jayanya walaupun kondisi yang kurang cantik.😂
Tetapi lain pula gigi bongsu di bahagian kiri...Belum keluar gigi lagi dah sakit, nak makan susah sebab tergigit isi pipi tu.🥲
Kerana betul2 tak tahan sudah, saya kuatkan semangat untuk pergi jumpa doktor gigi...Selesai kena X-ray semua...Doktor pun bagi tarikh untuk Minor Operation buang gigi bongsu tu.
Tarikh yang ditunggu pun tiba.
Hari tu,saya pun bersiap awal dan makan kenyang2 sebelum pergi ke Hospital.😂 Sebab saya tau,lepas operation tu mesti tak dapat makan apa2.
Waktu tu,saya memang takut dan rasa berdebar...Seumur hidup tak pernah rasa apa2 operation,lepas doktor explain semua dan sign apa yang patut...Operation pun bermulaa...
Doktor berikan ubat bius sebelum mula sesi potong dan korek gigi.😂 Saya ingat lagi,2 orang doktor yang handle saya masa tu...Seorang doktor Cina perempuan dan seorang doktor India perempuan.
Saya salute la dengan doktor2 tu sebab mereka masih muda,cantik pula tu...Tapi mereka buat kerja dengan baik...Dalam sejam saja sudah selesai,dan kena lah 5 jahitan.😣
Pagi tu buang gigi, petangnya ubat bius tu sudah hilang dan rasa sakit yang teramat sampai rasa mau demam...Bercakap pun susah,apa lagi mau makan memang tak dapat nak makan.
Saya banyakkan minum air kosong sahaja dan malam saya minum Protein ESP untuk tahan lapar sebab nak makan nasi memang tak boleh. Saya risau sisa2 makanan akan tersumbat di tempat luka tu.
Hari Pertama selepas Operation
Sebelum Operation tu,doktor pun ada bagitau memang akan berlaku pembengkakan tapi saya tak sangka bengkak sampai macam tu sekali.😫😫 Rasa berat sebelah dan mau tidur pun susah mau gerak...huhu...
Selama Seminggu tu,Saya memang hanya amalkan Protein ESP, Vita C dan Zinc Plus saja untuk mempercepatkan luka saya sembuh.
Yang banyak membantu dalam proses penyembuhan luka saya.
Yang membantu saya rasa kenyang sepanjang tempoh tak dapat makan.😂
Pada 5 Januari 2023, tibalah masa untuk buka jahitan iaitu genap seminggu selepas operation...Masa tu,masih ada kerisauan jika luka masih belum sembuh sepenuhnya dan risau rasa sakit bila kena buka benang.😆
Tetapi,syukur langsung tidak rasa sakit dan doktor kata luka saya 100% sudah sembuh dan puji luka saya sembuh dengan cepat.😃 Cuma masa tu,mulut belum dapat buka besar2....Sebab otot tulang rahang tu ada effect akibat buka mulut terlalu lama waktu operation berjalan tempoh hari.
Selepas buka benang jahitan, saya dah boleh makan tapi masih perlu jaga bekas luka tu dan pastikan tiada sisa2 makanan tersumbat...Kena rajin2 cuci tempat luka tu tau.
Akhirnya,mimpi ngeri saya sudah berakhir dan kini saya boleh makan dengan senang hati dah.🥰 Pengalaman yang tak boleh di lupakan dan saya tak mau lagi ada yang kedua kali.😆😆 Sekarang gusi bekas operation tu sudah sembuh sepenuhnya.
Mujur ada Shaklee yang banyak membantu...Sampai hari ni,saya masih amalkan Shaklee untuk kesihatan saya dan keluarga.
Muka terkini selepas buang gigi bongsu.😂
Saya juga merupakan Agent Sah Shaklee...Jika anda berminat untuk menjadi ahli dan sedia kekal sihat bersama Shaklee,boleh la terus hubungi saya.
Wasap : 016-8116308 ( Mel )
FB : Melbiana Annie
IG : Melbiana_Shaklee
#blogmegashaklee #shakleethriump2023 #shakleethrive2023 #pengedarshakleelabuan #pengedarshakleesabahsarawak
No comments:
Post a Comment