Thursday, 9 February 2023

INTERMITTENT FASTING PILIHAN DIET MASA KINI



Pasti ramai yang sudah tahu dan pernah dengar tentang diet INTERMITTENT FASTING kan...Setiap kali nak menyambut Tahun Baru mesti ramai yang memasang azam dan mempunyai semangat membara untuk menguruskan badan.



Bagi yang baru nak mencari cara diet yang mudah, INTERMITTENT FASTING atau lebih dikenali sebagai IF adalah pilihan terbaik...Sebenarnya cara diet IF ini sangat mudah jika kena cara yang betul. Diet IF dapat membantu kita untuk mengurangkan waktu pengambilan makanan.

Contoh, jika sebelum ni kita makan saja tanpa mengira masa...Tetapi dengan diet INTERMITTENT FASTING ni, kita boleh kawal waktu pengambilan makanan kita...Taklah kita mengunyah ja sepanjang masa kan.🤭




Kaedah INTERMITTENT FASTING ini bukan mengatur makanan apa yang kita harus kurangkan atau apa yang harus kita ambil. Sebaliknya, ia adalah lebih kepada waktu kita harus ambil dan waktu kita harus berhenti daripada makan.



Dengan diet INTERMITTENT FASTING ni, kita dapat membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat. Selain itu,kaedah ini juga dapat melatih ketahanan tubuh supaya tetap dapat menjalankan fungsinya walaupun kita tidak mengambil makanan dalam tempoh tertentu.

Terdapat banyak cara untuk melakukan Intermittent fasting ini tetapi saya share satu kaedah sahaja dimana ramai yang memilih cara ini untuk permulaan mereka.


Caranya adalah kaedah 16/8...Kaedah ini membahagikan 16jam waktu berpuasa ( termasuk waktu kita tidur) dan 8jam waktu untuk kita mengambil makanan. Sepanjang berpuasa Intermittent Fasting ni,kita hanya boleh minum air kosong sahaja.

Contohnya, kita boleh makan dari jam 1 tengah hari hingga jam 9 malam. Selepas itu,kita perlu berpuasa selama 16 jam.

TIPS UNTUK BIASAKAN DIRI DENGAN IF

✅  Pastikan minum air yang banyak untuk mencegah dehidrasi sepanjang puasa IF supaya tubuh kita mudah melalui puasa tersebut.
✅ Lakukan waktu berhenti mengambil makanan pada waktu malam kerana waktu tidur kita akan memudahkan kita melalui tempoh puasa tanpa makan.
✅ Tetapkan dalam minda kita bahawa diet INTERMITTENT FASTING ini adalah proses merehatkan tubuh kita daripada aktiviti makanan dan bukan untuk berasa lapar atau kurang makan.
✅ Mulakan waktu berhenti mengambil makanan ketika kita sibuk dengan rutin harian supaya perhatian kita berasa lapar dapat di elakkan.
✅ Dan yang terakhir sekali, seperti biasa dalam melakukan apa2 diet sekalipun...Kita perlulah sertakan rutin kita dengan senaman ringan...Sekurang-kurangnya 3kali seminggu.



Akhir sekali, gambar rajah di atas adalah antara kebaikkan jika kita mengamalkan diet Intermittent Fasting dengan cara yang betul.

Sekian saja sharing saya pada kali ini....Kita jumpa di blog saya yang akan datang...Jaga diri dan jaga kesihatan ya semua🥰 

Boleh hubungi saya 👇👇

WhatsApp : 016-8116308

FB : Melbiana Annie

IG : Melbiana_Shaklee

Tik Tok : Melbiana Shaklee

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

No comments:

Post a Comment